Pertanyaan Menerusi Email
(nama pengirim dirahsiakan)

 

Soalan 1:

Latar Belakang Pelaburan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soalan: Latar belakang Pelaburan


Boleh saya tahu sedikit sebanyak tentang pengalaman En Nasir dalam bidang pelaburan?


Jawapan
:


Saya adalah pelabur sepenuh masa dalam bidang FOREX dan pasaran saham KLSE (Kuala Lumpur Stock Exchange) sejak saya berhenti kerja di Intel Technology pada tahun 2005. Year to date turnover saya pada tahun 2007 bagi pelaburan saya di Bursa Saham Kuala Lumpur telah mencecah hampir RM3.4 Juta Saya bermula dengan modal yang kecil sahaja.

Pelaburan saham dan forex adalah sumber utama pendapatan saya. Keuntungan forex dan saham saya gunakan untuk membeli dan menambah hartanah berupa rumah dan condominium yg saya sewakan bagi menambahkan pendapatan selain memenuhkan ASB saya dan isteri (ASB kami telah mencapai had maksima RM400,000).

Secara ringkasnya, kerjaya saya sekarang adalah FULL TIME TRADER/INVESTOR  ( I'M TRADING FOR A LIVING)

Soalan 2:

Firma broker  forex

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soalan: Membuka akaun forex


Saya ingin membuka akaun forex. Perlukan nasihat dr en untuk memberikan cadangan beberapa firma broker forex yang boleh dipercayai, diiktiraf dan sah. 

 

Jawapan:


Berkenaan firma broker forex yg dipercayai,diiktiraf & sah, broker forex itu perlulah mendaftar dan diiktiraf oleh Futures Commission Merchant (FCM) with the Commodity Futures Trading Commission (CFTC) and is a member of the National Futures Association (NFA)

Lesen broker forex dikawal dengan dgn sangat ketat dan sukar diperolehi. Sesuatu syarikat broker forex itu perlu memenuhi syarat dan peraturan majlis kewangan antarabangsa seperti di atas. Antara broker forex yg diiktiraf ialah:

1-
FXCM, Forex Capital Market,USA (www.fxcm.co.uk)
2- FXSol (http://www.fxsol.com.au)
3- FXCH, Forex Clearing House ( http://www.forex-swiss.com)
4- InterbankFx (http://www.interbankfx.com/)

dan banyak lagi. Untuk dapatkan senarai penuh broker forex yg diiktiraf, boleh layari http://www.nfa.futures.org/

 

Soalan 3:

Kemusykilan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soalan: Musykil, ragu & was-was


Saya ni tak pandai sangat dalam forex..baru belajar. Kalau betul la u boleh buat duit banyak tu saya nak belajor jugak.  Tp saya ada kemuskilan sikit la kat result yg u tunjuk tu..betul ke banyak tu?
Kalau betul saya pun nak beli buku tu...n bangga dapat belajo ngan u. Mungkin u boleh email kat saya dan jawab kenapa "close position result tu lain macam je"..kalau semua dah terjawab saya akan sokong la.

Contoh yg saya tak paham: open price 9596..close 9687..tapi P/L 455? sepatutnya 91..
.itupun kalau betul la...lepas tu plak interest usd6...u close hari yg sama kenapa ada interest..tambah plak beli 500k....yg lain2 tu byk jugak la yang saya ragu2..tp takpala mungkin kita boleh berbual jadi kawan


Jawapan:


Jika anda tidak faham membaca P/L, mungkin anda belum pernah trade forex atau terlalu baru.

Dalam contoh dilaman web ini, saya trade menggunakan akaun standard (tapi jika modal anda kecil, anda boleh trade menggunakan akaun mini)

1 lot standard GBP/USD modalnya ialah USD1000 (mini akaun hanya USD50 dan ada juga USD25 tapi lebih kecil modal, lebih kecil pulangan)

Dengan menggunakan leverage 1:100 yang disediakan oleh broker forex, maka 1 lot adalah bersamaan USD100k. Dalam contoh itu, saya telah membeli 5 lot sekali gus, sebab itulah ia menunjukkan 500K.(dalam forex, anda tidak memerlukan modal USD500k untuk membeli matawang sebanyak itu. Buku saya menerangkan dengan lebih detail)

Open 9596 & close 9687 untungnya 91pip bagi setiap lot, oleh kerana saya membeli 5lot, maka saya mendapat 91pip x 5= 455pip.

Setiap satu pip bagi pair GBP/USD (standard account forex), untungnya adalah USD10 (lain pair, lain keuntungan pipnya).

Maka, bagi bagi transaksi GBP/USD tersebut: (12 jam sahaja) saya telah mendapat:
 

91pip x 5 lot =455pip x USD10 =>USD4550  (RM15,925)

Jawapan 2: Interest

Tak kiralah sama ada anda membeli pada pukul berapa, jika position anda tidak close pada jam 5pm waktu US, u r subject to interest (wpun jika anda membeli pada jam 4:59pm).

Jika position anda Long/Buy, anda akan memperolehi interest tetapi jika anda short/sell anda akan dikenakan/dicaj interest. Kenapa ada interest ini? Ianya sbg insentif bagi menggalakkan pelabur membeli sesuatu matawang itu dan mengenakan/caj interest untuk mengelakkan orang short/sell matawang itu.

Rasionalnya, semua negara mahu matawangnya naik dan kukuh (ini berlaku jika ramai pelabur membeli/BUY/LONG matawang negara tersebut). Apa terjadi jika ramai pelabur Short/sell sesuatu matawang itu? Ya, matawang itu akan jatuh nilainya. Itulah yg berlaku semasa krisis kewangan dahulu apabila George Soros "short" matawang Asia sehingga matawang Asia jatuh teruk pada tahun 1997.

Contohnya, jika ramai orang membeli matawang ringgit, tentulah ringgit akan naik. Untuk menggalakkan org membeli ringgit, bank pusat akan memberi insentif berupa interest kepada pelabur.

Dalam contoh saya itu, position GBP/USD saya masih berterusan menghasilkan keuntungan serta saya juga mendapat keuntungan interest. Maka, saya close position itu lewat sedikit iaitu pada jam 9pm (us time) untuk mendapatkan keuntungan yg semaksima yg mungkin. Saya beli jam 10:15am dan jual pada jam 21:17pm (walaupun tempohnya hanyalah kurang dari 12jam pada hari yang sama).

Trade yg dipaparkan itu adalah bukti sebenar, bukan rekaan. Anda juga boleh semak untuk melihat report generated by FXCM. Periksa samada tally atau tidak dengan close position saya itu.

Harap dapat menjelaskan soalan anda.

 

Soalan 4:

Ragu-ragu &

was-was

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soalan: Was-was


Sebenarnya saya sudah lama ingin menceburkan diri dalam dunia forex tetapi setakat ini saya belum lagi menemui satu sistem atau guide yang betul-betul boleh dipercayai kerana seperti yang kita semua tahu dengan dunia yang serba online saya tentunya tidak mahu ditipu.

Pertanyaan saya adakah ebooks kuasa forex ini betul-betul boleh dipercayai dan betul-betul mendatangkan keuntungan seperti yang dipaparkan di website Kuasa Forex tentang kejayaan Encik Nasir Yaacob?

Harap maaf sekiranya pertanyaan saya ini menyinggung perasaan anda.
 

Jawapan:


Saya faham kebimbangan anda kerana byk laman web diluar sana yg cakap kosong saja & menjual ebook yg entah apa2.

Ramai yg frust akibat membeli dari beberapa laman web ebook forex dan juga laman web yang kononnya boleh kaya dalam masa 5 minit, ada juga laman web yang kata boleh buat duit juta-juta dan berbagai-bagai lagi (biarlah saya rahsiakan laman web itu) tapi tiada sorang pun tahu siapakah orang tersebut kerana mereka ini merahsiakan identiti & mereka ini hanya menggunakan syarikat Sdn Bhd atau enterprise saja.

Saya dengan telus mendedahkan identiti dan tampil ke hadapan menganjurkan Program Mentor forex bagi membimbing dan membantu lebih ramai lagi orang diluar sana mengubah nasib mereka kearah yang lebih baik. Alhamdulillah, setakat ini, ramai graduan/portege kelas forex saya berjaya menjana pendapatan yg tinggi.

Saya tidak memaksa anda percaya apa yg saya katakan. Saya rasa beberapa bukti dan trades yg saya paparkan di website saya itu sudah mencukupi. Jika masih tidak percaya,saya tidak boleh berbuat apa-apa.


p/s: Pengirim ini adalah orang yg sama pada SOALAN 9

 

Soalan 5:

Software

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soalan: Software


Sebelum ini saya telah terlibat dalam forex selama 5 bulan tetapi belum ada keuntungan. Asyik topup saja hingga duit pun nak habis.
Saya tertarik dengan pemberitahuan En.Nasir ,besar hati jika apa yang En. Nasir itu benar,Oleh itu saya sangat berminat untuk mencuba teknik yang di guna pakai oleh En.Nasir.

Adakah saya perlu buka akaun dengan FXCM untuk guna pakai teknik2 EN.Nasir?Adakah semua maklumat yang dihantar oleh EN.Nasir boleh dibaca di atas Komputer saya atau saya kena ada software/tool lain untuk itu?


Jawapan:


Semua maklumat yg saya berikan boleh dibaca dimana-mana komputer. Software dan installation software juga ada saya berikan percuma. Tak perlu membeli apa-apa software atau tools yg lain.

Teknik saya ini boleh digunakan, tak kira firma broker apa yg anda guna. MT4 & Indicator Kuasaforex hanyalah digunakan untuk mengkaji arah pergerakan pasaran sebagai panduan untuk kita trade. Setelah kita dapat idea/tahu arah pergerakan pasaran, kita kemudian boleh trade regardless kita menggunakan broker mana sekalipun.(tak kiralah sama ada firma broker anda menggunakan Streamster, TradeStation, XpressTrade,MT4 atau sebagainya)

MT4 digunakan sebagai carta utama kerana carta lain kebanyakkannya berbayar seperti Intellichart yang mengenakan caj bayaran bulanan sebanyak USD100 untuk setiap bulan. Tentunya anda tidak mahu membayar USD100 sebulan untuk melihat carta,bukan? 

 

Soalan 6:

Software

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soalan: Panggilan dari broker forex


Saya telah menerima panggilan telefon dari firma broker forex saya dari USA & Hong Kong. Adakah ini normal?

 

Jawapan:


Ya, itu adalah normal kerana broker anda selalunya akan sentiasa bertanya khabar trade anda dan juga bertanyakan kalau-kalau anda perlukan sebarang pertolongan dan pertanyaan yang boleh dibantu oleh mereka.

Untuk pelabur forex dari Negara Asia Tenggara seperti anda (South East Asia) seperti  dari Malaysia,Brunei, Singapore, Indonesia dan lain-lain,pangkalan atau base station/office bantuan broker forex anda kebanyakkannya berada di Hong Kong, selain USA.

Pegawai Khidmat pelanggan mereka ini sangat ramah dan mesra. Anda boleh bertanyakan apa saja yg berkaitan dengan forex kepada mereka.

Base di Hong Kong adalah lebih mudah untuk kita kerana waktunya sama dengan kita. Anda tentunya tidak mahu broker anda di USA menelefon anda sewaktu anda tidur,kan? (2pm di US= 2am di Malaysia)

 

Soalan 7:

OKU

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soalan: OKU

OKU 1
Saya baru berjinak dengan forex lebih kurang baru 3-4 bulan. Sepanjang masa tersebut saya cuba belajar menggunakan e-book yang di beli oleh kawan dari laman web lain dan kadang kadang meminta nasihat dari expert dalam chatting / forum. Saya menggunakan Marketiva sebagai platform dan kadang kadang easyforex...tapi sepanjang 4 bulan tersebut saya asyik kerugian...

Saya berminat dengan pakej yang ditawarkan kepada OKU sebab saya merupakan seorang OKU..disini saya sertakan kad OKU dan IC saya..diharap dengan bantuan encik, saya dapat memulakan satu perjalanan yang baru dan dapat membantu rakan rakan saya yang lain..

OKU 2
seorang OKU cacat fizikal...skrang sy masih lg blajar di sebuah IPT di KL..sy amat berminat dengan program ini, sy harap en. nasir dapt membimbing sy dlm trade ni...kerjasama dan jasa baik dari encik amat2 sy hargai....


Jawapan:


Saya sedia membantu semua OKU yg berminat tidak kira bangsa, agama dan keturunan. Pakej Kuasaforex diberikan percuma kepada semua OKU yang berminat. Anggap saja ini pertolongan ikhlas dari saya membantu semua OKU bagi menjana pendapatan yg hebat tanpa bergantung kepda sesiapa. Sama-samalah kita berdoa semoga usaha yg kecil ini diberkati. Untuk mendapatkan maklumat lanjut anda boleh terus menghubungi talian servis kuasaforex di 03-41496496 ataupun terus menghantarkan permohonan anda pada sales@kuasaforex.com.my

 

Soalan 8:

Bahasa

 

 

 

 

 

 

Soalan: Bahasa


Hai Nasir saya dr sabah. Saya nak tanya adakah ebook yg dibekalkan dlm bahasa melayu? Tolong reply dgn segera ya! coz i tak sabar nak order!


Jawapan:


Ya, ebook ini adalah dalam Bahasa Malaysia yang mudah di fahami. Ianya ditulis dengan bahasa yang ringkas dan mudah.

 

Soalan 9:

Metatrader4 & Trading Platform

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soalan: Software


Saya telah habis membaca ebooks kuasaforex dan ia
memang membantu saya dalam memahami segala pertanyaan tentang forex selama ini.Tetapi saya ada soalan yang ingin saya utarakan kepada anda:-

1) Software yang anda sertakan iaitu Metatrader 4 bolehkah saya menggunakannya pada masa yang sama saya membuka FXCM Trading Station II supaya saya dapat melihat signal sama ada LONG/BUY dan SHORT/SELL?

2) Jika saya ingin membuka mini akaun dgn FXCM iaitu dgn modal USD300 dan ia juga menawarkan leverage 200:1. Maka, mengikut pemahaman saya dgn USD50 saya dpt meniagakan 1 lot 10k dalam forex, jika saya dpt 7pips dlm EUR/USD adakah saya masih boleh membuat trade yang seterusnya? Sekian,terima kasih.


Jawapan:


1. Software MT4 hanyalah bertujuan untuk memberi kita panduan dan carta pergerakan nilai matawang kerana carta lain kebanyakannya berbayar (contohnya, Intellichart mengenakan byrn bulanan USD100 setiap bulan). Jadi, dengan menggunakan MT4 yg diberi secara percuma dalam pakej kuasaforex ini, kita dapat jimat wang USD100 sebulan untuk carta.

Ini adalah antara kelebihan forex berbanding pasaran saham seperti BSKL/KLSE. Carta saham pula tiada yg percuma. Semua carta saham yg ada dipasaran berharga sekitar RM2000-RM3000 cth QuickChart, BursaStation, Nextview dsb. Yg free pun ada, tapi terlalu basic dan tidak boleh customize ikut kehendak anda.

Saya menggunakan MT4(download) sebagai carta panduan FOREX tetapi saya melakukan trade menggunakan FXCM Trade Station II(download)

Ya, anda boleh menggunakan Metatrader 4 sebagai panduan supaya dapat melihat signal sama ada LONG/BUY dan SHORT/SELL dari MT4 & pada masa yang sama membuka FXCM Trading Station II untuk urusan jual beli matawang asing.

2- Jika anda menggunakan mini akaun, modal minimum yg diperlukan untuk membuka 1 lot adalah USD50(bergantung pada pasangan matawang yang tertentu sahaja) .


p/s: Pengirim ini adalah orang yg sama pada SOALAN 4

 

Soalan 10:

Tiada Modal

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soalan: Tiada modal


Saya masih belajar di IPTS tetapi mempunyai minat yang mendalam dalam bidang ini. Soalnya saya tidak punya wang yang banyak untuk bermula.

Soalan saya, adakah saya perlu mempunyai modal yang banyak atau kaya untuk bermula?
Bolehkah En Nasir memberikan panduan ebook ini secara percuma kepada saya?


Jawapan:


Syabas saya ucapkan kerana walaupun usia anda masih muda, anda telah ada kesedaran awal tentang forex. Saya percaya anda mempunyai potensi yang tinggi untuk berjaya dalam bidang ini.
Anda tidak perlu menjadi kaya untuk melabur, sebaliknya, ANDA PERLU MELABUR UNTUK MENJADI KAYA.

Tidak semestinya perlukan modal besar. Beberapa pelajar saya berkongsi-kongsi modal dan membuka akaun "real" dan ada yang telahpun berjaya menjana beribu-ribu sehari walaupun pada mulanya hanya bermodalkan USD300 yang dikongsi bersama rakan-rakan mereka.

Saya mohon maaf kerana tidak tidak boleh memberi secara percuma kecuali kepada OKU kerana saya mahu anda berusaha dan berikhtiar.

Sebagai alternatif untuk anda mendapatkannya tanpa menggunakan wang poket anda sendiri ialah dengan menyertai program affliliate saya dan memperkenalkan kepada rakan terdekat atau rakan cyber anda. Anda akan mendapat ganjaran yang tinggi jika ramai referral anda membeli.

Bukan saja anda boleh mendapatkan ebook Kuasaforex secara percuma (hasil komisen) tetapi anda juga boleh memenuhkan poket anda dan selebihnya boleh dibuat modal untuk trading.Mudah saja,kan?

 

Soalan 11:

Bimbingan Personal

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soalan: Personal coaching


Saya orang baru dalam forex. Saya perlukan sangat bimbingan dan tunjuk ajar secara live dari orang berpengalaman seperti en. Bolehkah saya mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan 1 on 1? Saya sangat ingin berjumpa dgn en. Plzzzz...plzz.plz..Tolonglah saya.


Jawapan:


Jika boleh, memang saya ingin membantu secara 1 on 1. Bukan kepada cik sahaja, tetapi kepada semua orang yg memerlukan. Namun kerana masa saya yg sangat terhad, jadual harian yg padat dan saya juga seorang trader forex dan pasaran saham KLSE sepenuh masa, sukar untuk saya membimbing ramai orang secara personal 1 on 1. Jika saya membimbing seorang demi seorang, saya tentunya tidak boleh berdagang forex dan saham.

Disebabkan saya tidak mampu membimbing ramai orang secara 1 on 1, maka saya menganjurkan Program Mentor KuasaForex bagi membolehkan saya membimbing lebih ramai orang secara LIVE dan direct.

Jika cik perlukan bimbingan secara live, mungkin Program Mentor saya jalan terbaik. Saya hanya mengambil jumlah peserta yg sangat terhad untuk membolehkan saya memberi sepenuh perhatian kepada semua peserta.

Since we're talking about serious money making here (in forex), dont miss this opportunity. Rugi rasanya jika cik tidak menfaatkan sepenuhnya kekayaan yg ada pada forex. Sila dapatkan maklumat program pada web utama saya di (www.kuasaforex.com.my)

 

Soalan 11:

FOREX Tipu?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soalan: Forex tipu?


Kawan saya kata forex nih tipu,tiada orang perseorangan yang boleh jalankan forex melainkan bank sahaja.. is that true? Dia kata dia pernah kerugian hampir 40 ribu kerana forex


Jawapan:


Jika kawan anda kata orang perseorangan tidak boleh berdagang forex,  ianya jelas menunjukkan dia sendiri pun tidak faham forex. Bahaya menerima nasihat dari orang yang sebegini kerana tak pandai, tapi memandai-mandai. Nasihat dari orang begini sangat senang dicari. Nasihat percuma seperti ini berlambak-lambak disekeliling anda.

Suatu hari sedang saya berjalan-jalan untuk mencari dan membeli hartanah (saya gunakan sebahagian untung forex & pelaburan saham untuk membeli hartanah), saya terjumpa seorang kawan lama yang kini memegang jawatan tinggi di syarikat swasta. Dia beria-ia dan sibuk bertanya saya tengah buat apa. Bila saya katakan saya mencari beberapa hartanah lagi untuk dibuat sewa, terus dia lantang bersuara.."JANGAN!!!,Jangan beli hartanah sekarang kerana pasaran hartanah sekarang ni lembab, susah nak cari penyewa, jatuh harga...bla..bla..bla..." Panjang sungguh nasihat dia

Bila saya tanya balik, "Wah...awak tentunya pakar dalam hartanah, tentu byk hartanah awak ada. Kalau awak ada lebih dan nak jual sebiji dua, juallah kepada saya", dengan tersengih-sengih dia menjawab "Takde, saya pun sewa jer....err..err ..Awak ada rumah sewa di kawasan Setapak tak? .....nak sewa".

Maaf, disini bukanlah niat saya hendak menunjuk-nunjuk. Saya ceritakan ini sebagai pengajaran saja. Saya mempunyai beberapa hartanah di beberapa lokasi sekitar segitiga emas KL dan kesemuanya tidak pernah tiada penyewa lebih dari 7 hari! Dan nilai hartanah pula makin meningkat!! Ini kerana kos semakin meningkat (kos buruh, besi, simen, bata, jentera, tanah dll). Tak mungkin jika harga kos naik, tapi nilai turun. Tak masuk akal langsung!! (lokasi memainkan peranan penting dalam hartanah)

FREE advise memang banyak, tetapi berhati-hatilah menerima nasihat percuma ini kerana selalunya diberikan oleh mereka yg tidak berpengalaman.

Berbalik kepada kawan anda; pengajarannya hampir sama. Ramai org yg kata forex tipu dan sebagainya sbb mereka sendiri pun tak faham pelaburan. Inilah bezanya rakyat di negara maju seperti USA, Eropah dan Jepun dengan rakyat Malaysia dan negara2 Asia Tenggara yg lain yang rata-ratanya masih belum matang dalam soal pelaburan. Kita jauh ketiggalan (sebab tu kita gelarkan negara2 maju tersebut sebagai negara maju sebab kita sentiasa ketinggalan dibelakang)

Mungkin ramai yg rugi dalam forex kerana mereka2 ini kebanyakkannya trade tanpa ilmu, atau menyerahkan wang kepada orang perseorangan atau penganjur tanpa ada kawalan mereka sendiri. Bila penganjur lari, siapa yg rugi? Contoh penganjur (yg sebenarnya main forex) kemudian lari ialah seperti Pak Man Telo, HYIP, Ponzi, Skim cepat kaya, Piramid, Platinum Lane, dan 1001 macam lagi. Penganjur ini mendapat untung berjuta-juta ringgit dari forex (membuktikan forex memang menjanakan wang yg banyak) tetapi kemudian mereka ini lari kerana tak mahu berkongsi kentungan dengan pelabur mereka. SIAPA yg rugi?

Bukanlah salah forex, bank atau broker forex, tapi salah diri sendiri yg cetek ilmu atau menyerahkan wang mereka kepada pihak penganjur yg tak bertanggung jawab ini. Diri sendiri yg perlu disalahkan kerana tak faham (tapi buat2 pandai) dan terikut2 pula dengan orang2 yg tak pandai tapi memandai2.

Adalah lebih baik kita yg mengawal wang kita sendiri tanpa menyerahkan kepada mana2 individu. Saya juga tidak menerima wang pelaburan dari sesiapa untuk dilaburkan walaupun ramai yg minta saya tolong laburkan wang mereka. Saya hanya mengajarkan caranya agar setiap individu dapat melaburkan sendiri wang mereka tanpa melalui orang tengah atau penganjur. Saya yakin, usaha saya ini yg mengajar orang ramai melabur sendiri dengan kawalan 100% oleh pelabur sendiri ini  sedikit sebanyak dapat menyelamatkan ramai orang dari rugi akibat terkena dan tertipu dengan skim2 penipuan seperti skim cepat kaya,ponzi, piramid, HYIP dsb.

Betul, dahulu mmg bank dan individu billionaire yg mempunyai net worth yg berbillion saja yg dibenarkan melabur dalam forex, tetapi sejak tahun 1996, forex dibuka untuk orang perseorangan, iaitu pelabur runcit (retail investor) seperti kita semua selepas diluluskan untuk dibuka kepada orang ramai oleh Presiden Amerika ketika itu, Bill Clinton.

Maaf, Saya pasti kawan anda itu terlalu cetek ilmu pelaburannya. (selain tak faham pelaburan, dia juga rugi $40ribu, membuktikan dia mmg tak pandai forex tapi memandai2...jika pandai, taklah dia rugi $40ribu). Anda boleh menerima nasihat dari orang seperti ini atau dr orang yg mahir. Pilihan di tangan anda.

 

Soalan 12:

Trade semasa market sideway?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soalan: Posisi semasa sideway market?


Salam en nasir..nk tanye sikit time market ranging..adakah kite perlu open position bile market ranging?bagaimana nk detect?

So,nk mintak pandangan en..Sistem en ini mmg berkesan..terima kasih kerana memperkenalkan sistem ini kpd saya


Jawapan:


Agak kurang jelas apa yg anda maksudkan market ranging ini . Adakah anda maksudkan range bound market atau sideway market?

Jika sideway market, saya tidak akan membuka apa-apa posisi pada sideway market. tetapi saya menggunakan teknik yg saya kenali sebagai teknik 'speed trap' semasa market sideway yg memang berkesan menghasilkan berpuluh malah beratus-ratus pips. Teknik ini saya ajarkan di kelas sahaja sebagai bonus utk peserta kerana agak sukar diterangkan di dalam ebook (susah nak diceritakan & difahami melalui penulisan).

Jika saya masukkan juga teknik 'speed trap' ini ke dalam ebook, tentu saya dihujani dengan beratus-ratus pertanyaan melalui emel kerana saya percaya ramai yang tidak faham jika belajar teknik 'speed trap' saya ini melalui penulisan.

 

Soalan 13:

Cara deposit modal ke akaun trading forex?

 

 

 

 

 

 

Soalan: Cara deposit fund


Salam sejahtera En Nasir.  Saya nak tahu camner nak deposit ke akaun forex FXCM tu. Thru Maybank ke ata bank lain atau guna kredit kad?


Jawapan:


Cara mendeposit/memasukkan wang modal ke real trade account FXCM adalah seperti berikut::
1. Layari : http://www.fxcm.co.uk/
2. Lihat menu bar atas tengah,cari & klik "Deposit funds"
3. Di page deposit funds (http://www.fxcm.co.uk/depositing-funds-portal.jsp) pilih "International client"
4. Ada boleh deposit fund/ modal anda ke akaun trading FXCM anda dengan mengunakan kad kredit anda, wire transfer atau cheque.
5. Isikan borang yang dipaparkan ..senang saja, dah siap.

 

Sehingga JAN 2011, Seramai 14 anak didik KUASAFOREX telah berjaya bergelar Jutawan Forex..Dari jumlah ini,seramai 10 wanita & 4 lelaki berjaya menjadi JUTAWAN... "The so-called 'impossible' is actually very often possible".. Fikirkan BOLEH,Anda tentu BOLEH

Masih banyak lagi soalan lain. Saya akan update sedikit masa lagi.
 

Terms Of  Use